Saturday 18 November 2017

Jom Derma Darah ^_^



Assalamualaikum dear readers,

Haa.. my 1st topic for the 1st blog entry. Derma Darah.

yayaya, sesetengah orang mungkin rasa entry ini membosankan ๐Ÿ˜ƒ. Haa, tapi tau tak ada banyak sangat kebaikan dan kelebihan bagi penderma darah. Sekali kita menderma darah, kita mungkin dapat menyelamatkan 3 nyawa lain. :)

Sejujurnya, me sangat takut dengan jarum. Fobia sebab masa bersalin dulu banyak sangat kene cucuk dengan jarum. Sakittttttt...lagi nak derma darah macam ni, haa memang tak ah..haha. pada setengah orang memang la nampak kecik aje jarum tu, hal kecil je tu, but for me it's a big deal okay. 

Tapi entah macam mana, tiba-tiba tergerak hati nak derma sebab ada 1 post kat FB lalu kat wall. Kebaikan dan kelebihan pasal menderma darah. Lepas tu, ada some of my girlfriends yang ada experience, ada satu gf ni sampai penuh buku derma darah tu sbb regularly menderma. Memang salute lah! Jadi, benda tu telah mendorong me untuk menderma darah.

My 1st experience, masa 1st blood test, jari dah sejuk, sampai nurse yang nakal tu usik, takut ke, dia tak tau jantung ni rasa dah nak tercampak๐Ÿ˜‚. Lepas tu cek tekanan darah, masa tu reading tu tinggi, bukan darah tinggi eh, again nurse yang nakal tu cakap, awak nervous sangat nih, hahahahah. sorila cik misi, me mmg nervous sangat masa tu, takut pun ye, huhui. 

Okay, yang ini antara kebaikan menderma darah :


  1. Membentuk Sel darah yang baru.
  2. Peredaran lebih lancar
  3. Menyeimbangkan zat besi didalam darah
  4. Mempercepatkan proses penyembuhan luka
  5. Menyeimbangkan berat badan
  6. Mencegah penuaan pra - matang 
  7. Menderma darah boleh mengurangkan risiko kanser.
Info2 adalah sumber dari Google. Ada banyak lagi kebaikan menderma darah ni. 

Kelebihan :


Percuma rawatan kesihatan dan wad di hospital kerajaan. 


Kelayakan penderma darah :





Tempat untuk menderma darah :

1. National Blood Centre
2. Pusat darah negara Midvalley Donation suite.

Untuk maklumat mengenai alamat dan waktu operasi boleh refer kat www.pdn.gov.my

Setiap minggu Pusat Darah Negara akan buat kempen derma darah di lokasi terpilih. Kebanyakkannya di shopping mall. Hari tu me pergi dekat Aeon Setiawangsa Au2, sebelum derma darah motivate myself gi shopping dulu. Haaa nampak tak disitu motifnya. hahaha.

Flow process :

1. Mula-mula isi form. 


Jangan salah isi. Nanti boleh mengelirukan pemeriksa kesihatan. haha


2. Blood test. Nak pastikan darah jenis apa. Honestly, me memang tak ingat dah darah jenis apa. kalau pemeriksa tu tanya memang me jawab 'ceq taktau'

3. Lepas tu ada beberapa soalan dari pemeriksa kesihatan, berkaitan sejarah penyakit, kesihatan, hubungan em em .. hehe.

4. Lepas tu, tibalah masa yang paling menyeramkan bila cik misi suruh duduk atas kerusi yang boleh diselaraskan untuk baring tu. huhu. time tu jantung rasa nak tercampak dah.. haha. Dia inject sekali je (sebab urat jelas kelihatan.. alhamdulillah) pastu dgn lajuuuuuuu nye darah turun kat tube tu. ๐Ÿ˜„ Gambaq tak leh tunjuklah, sbb aurat. haha.

5. Tak lama pun dalam 10 minit dah penuh pek tu, misi suh baring jap dalam 10 minit, dia tanya ada rasa pening tak, me jawab, rasa lapaq je, hahahahah..

5. Nanti dapat buku macam ni:




Begitulah adanya kisah menderma darah. Tengoklah kalau keberanian dah cukup untuk menghadapi kengerian jarum tu, me pegi menderma darah 3 bulan kemudian, kalau tak cukup keberanian tunggulah 3 tahun kemudian. Haha.

Akhir kata, 'Confront your fears and they won't be your fears anymore " and yes,I am proud with myself!.. haha poyo.

Okay,, till next entry! ๐Ÿ’‹


No comments:

Post a Comment

Jom Derma Darah ^_^

Assalamualaikum dear readers, Haa.. my 1st topic for the 1st blog entry. Derma Darah. yayaya, sesetengah orang mungkin rasa entry...